Asal Mula Kesultanan Melayu Dan Bendera Kebesarannya
Ilustrasi bendera-bendera Kesultanan Johor-Riau dari lembaran manuskrip:
[111] Royal customs from Johor, 1808
An account of Malay ceremonies, customs and law from the kingdom of Johor, dated AH 1223 (AD 1808), Ink and colours on English paper, ‘S Wise & Patch 1806’, 84 pp, 310 x 190 mm.
Royal Asiatic Society, Raffles Malay 32, pp. 11-1
[Teks Hal. Verso (Kanan)]
Shahdan lagi asal negeri Melaka ini dahulunya hutan sahaja dan anak cucu raja turun dari Bukit Siguntang yang bernama Nila Utama anak cucu[lah] bernama Sultan Muhammad Shah ialah yang menyusuk negeri Melaka ini.
Adapun asal negeri Melayu Bintan namanya, itulah sekarang dinamakan Riau, dahulu kalanya Riau asalnya tiada beraja dan Kota Karang dahulu namanya Bulang itu pun tiada beraja asalnya dan asal negeri Terengganu dahulunya tiada beraja orang besar sahaja dan namanya Tun Telanai adapun asal negeri Pahang asalnya beraja dahulunya dan nama rajanya Maharaja Didah, kemudian
dialahkan oleh Sultan Muhammad Shah.
Adapun asal negeri Terengganu dahulukalanya tunduk membawa diri kepada raja ke Melaka dan Patani asalnya tiada beraja kemudian datang seorang anak raja Siam dilanggarnya nama rajanya [Cusar] Sri Bungsu namanya, ialah menjadi raja di dalam negeri Patani sampai sekarang keturunannya jua Adanya dan adapun negeri Selangor dahulu namanya Haru tetapi asalnya tiada beraja Hanyalah orang besar-besar sahaja nama orang besar Selangor dahulu kalanya Datuk Him.
Adapun Yang membuka Selangor dahulukalanya orang Haru itulah Selangor dinamakan Haru dahulukalanya dan lagi negeri Klang itupun tiada beraja tetapi orang besar juga dan nama orang besarnya Datuk [Tarafah] disebut orang dan semunya tunduk ke Melaka jua adanya sekalian menyembah ke Melaka.
Adapun negeri Patani asalnya itu tiada menyembah ke Melaka, hanyalah bersahabat jua hatta sampai sekarang ini.
Adapun negeri Perak ada rajanya dan negeri Kampar ada rajanya dan negeri Siak ada rajanya dan negeri Indragiri ada rajanya, dan negeri Rokan ada rajanya, dan negeri Asahan tiada beraja dahulunya hutan dan negeri Batu Barah tiada beraja hanyalah orang besar-besar dan negeri yang kecil-kecil zaman dahulu hutan jua.
Shahdan lagi zaman dahulukalanya negeri Melaka terlalu besar dan beberapa negeri takluk kepada negeri Melaka dan dahulu kalanya Melaka empunya rumah sampai ke Jugra yang tiada berkeputusan rumah itulah.
[Teks Hal. Recto (Kiri)]
Ini suatu riwayat kisah sekalian menderah-menderah [bendera-bendera] pakaian raja-raja Melayu akan adatnya:
1. Ini bendera hijau pakaian Yang Dipertuan Besar. Sekali-kali raja yang lain tiada boleh memakai benderah [bendera] hijau ini atau bendera putih yang bersurat tengahnya
2. Ini bendera kuning pakaian Yang Dipertuan Muda. Sekali-kali raja-raja yang lain tiada boleh memakainya dan jikalau cap yang Dipertuan menyurat pakai bendera kuning baharu boleh pakai bendera kuning
3. Ini bendera merah tepinya kuning pakaian Raja Indra Bongsu sekali-kali sekali tiada boleh orang lain memakainya jika ada cap Raja Indra Bongsu menyurat pakai bendera yang demikian itu baharulah boleh dipakai
4. Ini bendera merah tepinya hitam pakaian Bendahara sekali-kali orang lain tiada boleh memakainya itulah adat di zaman dahulu
5. Ini bendera merah tepinya pelangir [pelangi] pakaian Laksamana itulah adanya
6. Ini bendera pelangir [pelangi] pakaian Syahbandar itulah adatnya Syahbandar
7. Inilah bendera putih tepinya hitam pakaian orang dikasih raja-raja
8. Ini bendera merah pakaian panglima-panglima besar-besar yang boleh pakai
0 komentar:
Posting Komentar